assalamualaikum.
short vacay to cameron 8-9 december 2017
time ni cuti sekolah. khamis malam jumaat 7hb 12, pas keje kami 3 beranak terus chow balik Ipoh. 3 beranak x mandi. hehe.
jalan ade jem sikit2. kol 7 bertolak. kol 10pm smpai ipoh. Adam macam biasa lah kena gomol dengan atuk opah mak cik2 pakcik2...pukul 11.30 dipaksa tidur. kumpul energy sebab esok pagi2 buta nak panjat cameron. yeehuu!!!!
JUMAAT - 9/12/17
hari ni kami laki bini apply cuti.
pukul 7am breakfast nasi lemak mak mertua. Adam mcm biasa x mandi just tukar pampers n uniform pinguin makngah ipoh bagi. hehe
Pukul 7.4am chaw. pukul 10am dah sampai ke destinasi pertama kami.
=====Teh Boh Sungai Palas=====
rupa-rupanye kami laki bini seince kecik x penah jejak kaki sini. ish3. siap baru tau kewujudan tempat ni. selama ni tawu Bharat je.
jalan nak naik tempat ni mencabar. kecik je jalan. curam bengkang bengkok tapi at least ade tar. xmacam Sabah Tea Farm..haha. pintu nak naik ke sg palas ni sebeang je dgn Equatorial Hotel kt Brinchang tu.
ni jalan masa mendaki naik
c baby koala. melekat kesejukan
kemudahan toilet disediakan. parking n toilet free
nak naik ke kedai teh kena daki sikit 200m. boleh pilih nak naik tangga or daki bukit ikot jalan. kami naik ikot jalan turun pakai tangga.
dah sampai kedai. macam2 makanan bes. tempat makan pon luas n cantik. harga boleh tahan.
kami under bajet trip. so order kek Teh Boh Strawberry cheese RM12.90. Air teringin nak order kopi strawberry dengan teh strawbery. malangnya kopi xde. teh strawbery pulak ade teh o strawbery. so order Teh tarik je. segelas rm3.90. tapi sedap gilacukup rasa lemak.
TOTAL KEMURUNGAN RM 21.
Adam dah mula kemurungan lepas tengok mama papa makan sedap2. Adam pon nak habuan dia. so cepat2 la turun masok kereta n chaw ke next point sambi bagi habuan Adam.
Bila x dapat habuan mule la tengah ladang pon sibok nak tidur. zzzz
dah selamat tidur
lepas turun dari Sungai Palas kami singgah Kea Farm. port wajib singgah untuk beli buah tangan.
strawbery 1 kotak RM 5
aiskrim strawbery RM 1
baju Adam RM18
magnet RM 3
___________________
TOTAL KEMURUNGAN RM29
Lepas shopping hari dah pukul 12.30 terus hoot p pekan brinchang nak get ready solat Jumaat n Check in hotel. sementara tunggu azan kami makan lunch kat food court brinchang.
nasi campur x2, teh ais, teh o ais=$$$$$ RM16
Adam sebelum hilang mood.
pukul 2pm terus check in hotel.
ni hotel y kami tidur. hotel bajet je. tapi jatuh dalam cuti sekolah. ambik kaw 1 malam RM148. booking pakai Agoda. cadang nak tidur Heritage / Smurf Inn. tp fully book. padahal book awal 2 bulan.
hotel ni hotel baru. so insyaallah xde hantu. pas tu perabot semua baru. toilet design baru.
budak kecik ni dapat katil sejuk2 terus excited. dah x moody x merengek x ape. seronok kemain.
so check in hotel, rehat2 tengok tv. Cas batery adam sampai full, pukul 3.30pm keluar p jalan2 cari Nasi Lemak Sambal Strawbery Abang y viral tu kat Kampung Taman Sedia.
Kg ni pon kami laki bini x pernah jejak since kecik. tp dengan kuasa viral, banyak review kat FB so kami terjah
kat sini boleh pick sendiri strawbery. tp mase kami dtg pagar tutop xboleh pulak. so bergambar dr luar jela.
Kampung ni kampung melayu. kat area sini ade banyak restoran n tmpt petik strawbey. Abang strawbery la, opah strawbery la mcm2. konsep lebih kurang je.
kami order :
Nasi Lemak Sambal Strawbery RM9.90 X 2 -RM19.80
KOPI STRAWBERY RM4.90
TEH AIS X INGAT HARGA
SCORNE RM7.90
__________________________
TOTAL KEMURUNGAN RM36 :(
Pas tu xtaw nak p mana. P MARDI dah tutup plak. so kami jalan2 je kat taman. free pon free.
malam
pergi pasar malam di Golden Hill. disebabkan malas buat homework, kami baru taw pasar malam dah berpindah tempat..haha
so kami beli buah tangan:
teh strawbery RM10
Kopi strawbey RM15
jagung madu 2 longgok RM 15
Ubi 2 bungkuS RM10
Mi kari RM4.50
Nasi grg RM3
TOTAL KEMURUNGAN RM57.50 :(
SABTU PUKUL 9AM chaw dr hotel
kami breakfast d Tanah rata.nasi lemak 2 bungkus dgn teh ais n opi ais. Total RM9
Hotel Cool Point favorite mak
pukul 10am sebelum turun singgah Bharat / Cameron Valley
balik singgah Kenduri akikah kak Suri. Adam jumpa awek baru Afiqah (2bulan) eksaited kemain jumpa awek
GRAND TOTAL KEMURUNGAN RM 385.50