2nd honeymoon kami pd 2-4 march 2017 aka 6monthsary.
kitorang decide p Langkawi je memandngkan aku ni rase rindu membuak2 nak p Langkawi, last g langkawi mase darjah 2 kot which is 2009. thanks hubby memenuhi permintaan wife mu ni. hehe.
kitorg beli tiket air asia dpt la murah sikit. x ingt harge.
then amek pekej travel honeymoon rm699. pekej ni cover:
1) hotel 3 hari 2 malam
2) island hoping
3) kereta sewa
4) candle light dinner
so flight pukul 8.20am. mcm biase. subuh2 bangon kejor ERL kt putrajaya sentral. train kol 6.21am. pukul 6am bertolak dr rumah. sampai airport pukul 6.40am n terus p solat subuh. pukul 7.45am masuk gate.
sampai langkawi pukul 8.20.
tunggu kereta sewa kat airport langkawi. org kereta sewa tu buat onar p lambat sejam. kol 10.40 baru dapat kereta. so tros shoot p brekfast makan roti canai blackpepper kat Kedawang.
ni la roti canai nye. serius sedap. boleh pilih nak ayam/dagin/kambing y dibalut dengan roti canai n disimbah banjir kuah blackpeper, n mayonis.
ak oder daging . hubby oder kambing+cheese. so total dengan air RM 18.
Pas makan terus shoot p Langkawi Cable car. tepat kol 12pm sampai sane. lbh kurang 40minit dr kedai roti canai.
tiket masuk: RM40/person inc: skycab +sky rex+ sky dome + 3D museum.
parking: rm5
mase kat puncak, nak turun ke sky bridge awok x larat nak memanjat tangge. so awok belabor le rm15/person utk skyglider. gambar kat bawah ni y petak seketul tu. so lebuh rm30. demi mak buyung 5 bulan ( 21weeks)..haha.
kat atas tu jugak terpengaruh p beli souviner gambar. 1 fridge magnet rm 25. 1 lg card tag rm 20.
3D MUSEUM
Time ni mmg mak buyung da habis bateri dahagekan teh ais. haha. muke kepenatan. dah la panas giler cuace.
kitorg blah dr situ kol 3lbh. teros p Kuah utk check in n rehat. Lunch kat Pak hj Ya Nasi Ayam.
so ni dy hotel y kitorg tido. De Baron Resort.
pas check in, rehat, mandi, solat, keluar amek angin petang n enjoy sunset kat Chenang.
ni kat bawah hotel. tepi laot. tapi laot ni x leh mandi.
view dr hotel. nampak EagleSquare (dataran Helang)
ni kat Chenang
pas matahari tenggelam, kitorang p window shopping cket2 n then chau balik Kuah utk makan malam. untuuk makan malam kami p Veena restaurant. oder siakap 3 rase, telur dadar and kangkung belacan. totasl rm 43 je.
gambor xde.
~~~~~~~DAY 2~~~~~~
Breakfast kat hotel kol 8am.
kol 9am bertolak p Pantai pasir Tengkorak. 30minit dr hotel. kat pantai ni memang xramai orang. compare dengan chenang.
pas mandi sejam, kol 10 balik hotel bilas baju sume then p Padang Mat Sirat sane utk lunch. kami makan di Jom Ikan bakar. banyak giler makan n y penting murah.
pas tu balik kuah balik utk solat Jumaat.
pas solat jumaat, kol 3pm p kilang gamat. pas tu p makam mahsuri. tiket masok rm 12/person.
pukol pm balik hotel n rehat. malam kol 8pm candle light dinner.
kemain melaram cik hubby kite sorang ni.haha
menu 1: appetizer (salad + thousand island)
menu 2: mushroom soup + bread
menu 3:grilled chicken chop
penutup: desert
pas makan p jalan2 kat eagle square.
~~~~~DAY 3~~~~~~
kol 9am check out.
p Eaglq Square lg utk amek gambar siang pulak..hehe
tepat 10 suku kitorg da terpacak depan underwater world.
tiket: RM 36/PERSON
12.20 PM patah balik p Kuah nak lunch n shopping chocolate. sampai pukul 3pm.
4pm sementare tunggu petang nak balik, kitorang lepak kat pantai airport pekena pasemboq rm 10.
5pm p airport. check in pukul 6.25pm. flight sepatotnye 7.05. tp delayed jd 7.25am.